Kemalangan Kegelinciran Santiago de Compostela

Pada 20:41 CEST (18:41 UTC) tarikh 24 Julai 2013,[1][4] sebuah kereta api penumpang RENFE Class S730 pada laluan ekspres Stesen Madrid Chamartín menuju Ferrol anjlok di Angrois, Santiago de Compostela.[2][5] Ketigabelas gerabak tergelincir dari landasannya ketika kereta api membelok, empat di antaranya terbalik.[5] Kereta api tersebut mengangkut 218 penumpang ketika kemalangan.[1] Salah satu gerabak terkoyak dan yang lain terbakar. Menurut laporan teknikal tidak rasmi, dikatakan bahawa kereta api tersebut bergerak dalam kepantasan dua kali ganda batas kelajuan ketika kereta membelok.[6]

Menurut surat akhbar Madrid El País, 77 orang meninggal dan 140 lainnya tercedera.[2][6] Kegelinciran kereta api di Santiago de Compostela merupakan kemalangan kereta api terburuk di Sepanyol sepanjang 40 tahun terakhir, dan merupakan kemalangan kereta api pantas pertama di Sepanyol.[3][5]

Rujukan

WikiPedia: Kegelinciran Santiago de Compostela http://elpais.com/elpais/2013/07/25/media/13747033... http://ccaa.elpais.com/ccaa/2013/07/24/galicia/137... http://politica.elpais.com/politica/2013/07/24/act... http://rt.com/news/spain-train-derailed-killed-546... http://news.sky.com/story/1120030/train-crash-in-s... http://online.wsj.com/article/SB100014241278873245... http://www.elmundo.es/elmundo/2013/07/24/espana/13... http://www.lavozdegalicia.es/noticia/santiago/2013... http://web02.renfe.es/u13/MTR/UltimaHora.nsf/Leer%... http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-23442018